Blog Rasmi Naim

Tutorial Live Blogging dari Just Khai.com

Posted on: November 23, 2009

Untuk kawan-kawan yang ada follow Khai di Twitter, perasan la kot yang Khai pun dah ada blog khas untuk Live Blogging. Live blogging ni sangat seronok. 100% gunakan handphone untuk blogging. Snap gambar, tulis artikel dan terus MMS. Terus masuk ke blog untuk di’baca followers. Mana-mana tempat dalam pelusuk dunia pun even takde internet tak jadi masalah lagi nak ber’blogging wei. Antara beberapa blogger tempatan yang menggunapakai cara ini ialah knizam, Kreuger dan beberapa lagi yang lain (sila promo sendiri kat bahagian komen eh..)

Berbanding mereka, Khai tak nak sepahkan blog yang korang baca ni dengan Live Blogging sebab adakalanya entri tu terlalu zero. Faham kan which is nothing to share lor.. just personal.. sigh~ Jadi Khai setup satu lagi blog baru khas untuk Live Blogging ni. Jadi blog Justkhai ni khas untuk update yang mungkin berguna secara terus dari laptop dan yang satu lagi ni, khas untuk mo-blogging sahaja. Teehee! Apa address’nya? Klik gambar kat bawah ni.

Cuma tukarkan /blog ke /live untuk masuk blog tersebut. Ada permintaan yang suruh Khai ajarkan cara untuk Live Blogging ni. So, here we go..

First of all, tutorial ni hanya untuk mereka yang mempunyai handphone camera serta mempunyai function MMS di dalam’nya. Kalau korang belum berkesempatan nak ada handphone mahal-mahal sikit ni, takpelah. Bookmark je tutorial ni. Maybe suatu hari nanti korang akan ada handphone canggih-manggih ni kan? Siapa tahu? So time tu boleh rujuk tutorial ni semula dan mulakan live blogging!


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3

1. Perlu ada akaun Yahoo. Sure la ada kan? Kalau takde, pergi register email yahoo.
2. Login akaun Flickr korang. Kenapa perlu Flickr? Sebab gambar-gambar korang nanti akan di’host’kan secara percuma di sana.
3. Pergi ke “Your Account”. Rujuk gambar 1.
4. Lihat tab di bawah, klik “Extending Flickr”. Rujuk gambar 2.
5. Add URL blog korang. Ikut satu persatu apa yang ada kat situ ye. Korang boleh la add blog korang sedia ada atau buat la blog baru macam Khai buat tu.
6. Lepas tu pergi ke http://www.flickr.com/tools/mobile… Kat situ korang akan dapat satu alamat email khas (satu je dalam dunia) untuk korang gunakan untuk send MMS nanti melalui handphone. Rujuk gambar 3
7. Boleh’lah check apa-apa yang patut dalam akaun Flickr tu. Nak customize blog camana pic tu nak keluar kat blog pun boleh. Saiz dia semua. Tak perlu Khai tunjuk satu-satu kot kan? Hehehe. Usya http://www.flickr.com/blogs.gne

Orait.. dah boleh start live blogging dah! Yeah! Hehehe. Ok contohnya email yang dia beri untuk korang tu amoi2hot@photos.flickr.com. Jadi korang hanya boleh guna email tersebut untuk MMS gambar dari handphone terus ke akaun Flickr. Itu tak bermakna gambar dan apa-apa description yang korang tulis akan keluar kat blog tapi ianya hanya keluar kat akaun Flickr korang je. Habis camana nak keluarkan gambar dan description korang di blog?

Ok, korang hanya tambahkan “2blog” dihujung email tersebut. Contohnya kalau email kat atas tu, akan jadi amoi2hot2blog@photos.flickr.com.

Sekarang amik handphone korang dan snap satu gambar untuk percubaan. Bila dah snap, send gambar tu as MMS. Tuliskan subjek (yang ni akan jadi tittle live blogging korang). Kemudian tuliskan apa-apa ayat kat bawah (yang ni akan jadi artikel blog korang). Lastly, hantarkan kepada unique email yang korang dapat tadi. Dalam kes tutorial ni, email tersebut ialah amoi2hot2blog@photos.flickr.com. Jangan korang hantar kat email contoh yang Khai letak ni sudah. Rujuk balik point no 6 kat atas tu ye.

Dah berjaya send MMS? Ok bukak terus blog korang dan taraaa!! dah keluar artikel live blogging korang kan? Tahniah! Kalau tak berjaya, cuba lagi sampai berjaya. Kalau tak berjaya juga, tanyalah kat bahagian komen bawah ni ye. Setiap tutorial yang keluar kat blog ni, support dia memang 24 jam. Hahaha!

Dalam kes Khai, before sebelum Khai nak send MMS gambar tu, Khai akan resize’kan gambar tu dulu jadi 600px something. Sekarang tak lagi. Khai terus je send gambar tu yang saiznya 2000px something. Sebab apa? Dalam kes Khai, charge yang Maxis kena’kan tetap sama iaitu RM0.25 setiap satu MMS dan setiap gambar yang keluar di blog, automatic Flickr resize’kan bersaiz 500px. Ok, tamat tutorial!

Apapun, Bila korang dah ber’live blogging ni, korang akan perasan yang korang dah pun gunakan handphone tu untuk satu perkara yang jauh lebih kool dari sebelumnya. Dan korang juga dah melangkah setapak kehadapan dari blogger-blogger yang lain yang tak reti nak layan live blogging ni. Serius tak tipu dia punya seronok live blogging ni memang lain macam.

Contoh korang jalan-jalan, tiba-tiba nampak budak kecik naik basikal terjatuh dalam tasik. Hahahaha! Korang gelak macam nak pecah perut. Lepas tu snap gambar budak tu dan terus buat live blogging! Habis terbarai perut reader korang nengok gambar tu. Kan seronok bila kegembiraan dapat dikongsi bersama. Tapi dalam kes ni, jangan sibuk live blogging je, sampai budak yang jatuh tasik tu mati lemas pun korang tak perasan. Hahaha! Selamat mencuba yerk..

P/s: Live blogging ni harap faham-faham sendirilah, ada keluar modal sikit. Setiap artikel di’charge RM0.25 setiap satu oleh Maxis (untuk MMS tu) dan tiada charge di pihak Flickr. Cuba fikir apalah sangat 25 sen tu berbanding kepuasan yang akan korang rasakan. Duit tak bawak mati cek! hehehe.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


  • None
  • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.

Categories

%d bloggers like this: