Blog Rasmi Naim

apa itu forex?

Posted on: December 5, 2009

menjadi persoalan ku kini apa itu forex
ini adalah sedutan yang aku ambil harap boleh bantu sapa2 yang minat morex2 ne

P;S: aku x minat lagi
tgok la kalo dah rajen or free aku join kot
sapa nak volountier jadi guru aku silakan hehe

Memahami Forex

Memahami Forex

Untuk memahami forex dengan lebih mendalam, sila teruskan membaca artikel mengenai penjelasan asas dan informasi mengenai pasaran Forex yang khusus.

PASANGAN MATAWANG

Pada mulanya membaca mengenai pertukaran wang asing ini agak memeningkan, namun ia sebenarnya agak mudah jika anda mengingati du perkara: 1) Matawang pertama disenaraikan adalah asas matawang dan 2) nilai matawang adalah sentiasa 1.

Matawang US Dollar adalah boleh dikatakan asas sebagai pembahagi untuk matawang lain. Untuk matawang utama termasuk USD/JPY, USD/CHF dan USD/CAD. Untuk matawang ini dan kebanyakan matawang yang lain, nilai unit dia adalah dalam $1 USD per matawang dengan matawang kedua itu. Sebagai contoh, USD/JPY 120.01 bermaksud 1 USD Dollar sama dengan 120.01 Yen Jepun.

Bila US Dollar sebagai unit asas dan matawangmeningkat naik, ini bermaksud nilai Dollar telah melemahkan matawang yang lain. Jika USD/JPY sebelumnya telah meningkat kepada 123.01, nilai Dollar menjadi kukuh kerana sekarang ia boleh membeli lebih banyak Yen dari sebelumnya.

Terdapat tiga pengecualian dari peraturan untuk British pound (GBP), Australian dollar (AUD) dan Euro (EUR). Dalam kes ini, anda akan melihat sebagai contoh GBP/USD 1.4366, bermaksud satu British pound adalah sama dengan 1.4366 US Dollars.

Dalam tiga pasangan matawang ini, dimana US Dollar tidak lagi menjadi kadar asas, dimana peningkatan nilai tiga matawang ini akan melemahkan matawang US Dollar, ia membenarkan mengambil lebih nilai US Dollar untuk satu Pound, Euro atau pun Australian Dollar.

Dengan kata lain, jika matawang tersebut meningkat naik, peningkatan nilai matawang itu akan kukuh dan jika matawang itu menurun, maknanya matawang itu menjadi lemah.

Matawang yang tidak terlibat dengan US Dollar dipanggil matawang silang, tapi ia tetap sama. Contoh EUR/JPY 127.95 bermakna satu Euro bersamaan dengan 127.95 Yen Jepun.

Bila anda melakukan “trading” dalam Forex, anda dapat lihat terdapat dua bahagian dimana terdapat ‘bid’ dan ‘offer’. ‘Bid’ bermaksud anda boleh melakukan jualan kepada matawang tersebut ( pada masa yang sama anda membeli matawang yang kedua). ‘Ask’ pula adalah bermaksud anda boleh melakukan belian kepada matawang tersebut (pada masa yang sama anda menjual matawang kedua).

PIP

Belajar untuk menyukai perkataan ini, kerana inilah yang anda akan cari dalam kerjaya Forex anda. Pip adalah nilai terkecil dalam semua perbezaan matawang, jadi jika ianya bergerak keatas, sebagai contoh EUR/USD bergerak dari 1.2150 ke 1.2155, bermakna ianya bergerak sebanyak 5 pips.

LEVERAGE

“Leverage” ialah satu konsep yang mudah, Jika anda mempunyai $10,000 untuk “trade” anda, broker Forex anda akan membenarkan anda meminjam duit dari mereka jadi anda boleh “trade” dengan nilai kuantiti yang lebih besar. Mereka boleh meminjamkan kepada anda sehingga 400 kali ganda (400:1) untuk anda letak dalam “trade” anda. Kebanyakan broker Forex akan membenarkan anda antara 50:1 dan 100:1 untuk margin. Jika anda memasukkan $1,000 dan broker anda memberi dan membenarkan 100:1 margin, anda akan “trade” dalam “trading” anda sebanyak $100,000 padahal nilai sebenar anda hanya lah $1,000 sahaja.

Ini adalah amat penting kerana setiap pips adalah sama dengan nilai dalam jumlah Dollar. Bila anda “trade” $10,000, setiap pip yang bergerak adalah bernilai $1. Gambar rajah dibawah menunjukkan bagaimana ianya berlaku. Jika anda “trade” 10,000 nilai matawang itu, setiap pergerakkan bernilai $1. Jadi jika anda membuat belian pada 1.1445 dan menjual kembali pada harga 1.1545, anda sudah mendapat 100 x $1, atau $100. Jika anda “trade” dengan nilai $100,000, setiap pergerakan pip adalah bernilai $10 dan seterusnya.

LONG DAN SHORT

Sekarang terdapat dua cara untuk anda melakukan “trade” di pasaran Forex, dan terdapat banyak “trader” baru yang terkejut kerana mereka sebenarnya boleh mendapat banyak wang apabila matawang bergerak keatas mahupun kebawah. Mari kita mulakan secara logik apabila matawang itu bergerak keatas.

Kebanyakan orang sudah faham dan tahu dengan konsep untuk membeli sesuatu dengan harga rendah dan menjual balik bila harga meningkat tinggi. Jadi konsep membeli EUR/USD pada 1.2150 dan menjual balik pada 1.2160 dengan peningkatan 10 pips, ini dipanggil “Long”.

Bagaimanapun anda boleh melakukan ini juga secara terbalik. Jika anda rasakan yang matawang ini akan menurun lebih dari meningkat naik, anda boleh membuat “Short”. Ini hanya lah membuat secara bertentangan dari yang diatas, jual dahulu dan beli kemudian dengan harapan agar harga akan menurun untuk anda mendapat keuntungan.

Ini mungkin agak aneh dan ganjil untuk sesiapa yang masih baru mendengar perkara seperti ini, tetapi konsep nya tetap sama yang akan anda sentiasa membeli sesuatu dengan harga yang rendah dan menjual kembali pada harga yang tinggi. Tidak kira apa jua yang anda “order”, sumua transaksi mestilah cukup sifatnya dimana yang anda mesti mempunyai transaksi bila beli mesti jual kembali, selagi anda menjual pada harga yang tinggi anda akan sentiasa mendapat keuntungan.

SPREAD

Perbezaan antara broker Bursa saham dan broker Forex adalah kerana komisen. Broker Forex anda yang mengenakan sedikit komisen dan ada yang tidak mengenakan sebarang komisen. Jadi macam mana mereka membuat duit? Sebab itu lah broker Forex mengenakan “spread” iaitu perbezaan antara harga sebenar dengan harga yang ditawarkan oleh broker Forex.

Disini anda akan dapat melihat “board” biasa mengenai matawang dan juga “spread”. Ini diambil dari sumber kami pada pagi ini., dan anda akan dapat melihat contoh perbezaan antara “Offer” (harga yang anda akan tempatkan untuk “Sell order”) dan “Bid” (harga dimana anda akan tempatkan “Buy order”) adalah 3 nilai “spread” nya.

Walau apa pun apakah ertinya kepada anda? Jadi mari kita tengok dekat “board”, jika anda membeli EUR/USD pada 1.2158 yang ditawarkan pada kolum “Offer” dan dengan jual nya kembali dengan cepat sebelum hara bergerak,anda hanya akan mendapat pada harga 1.2155 seperti yang ditunjukkan di kolum “Bid”. Jadi hasilnya anda mendapat -3 pips, dan ianya adalah kerugain bagi anda dan keuntungan pada broker. Ingat untuk sentiasa meletakkan nilai “spread” itu dalam akaun anda apabila anda ingin meletakkan “order”, “set target” dan juga “Stop loss”.

BEARS DAN BULLS

Anda pasti akan kehairanan melihat perkataan “Bears” dan “Bulls” pada buku Forex dan juga laman chat, kenapa mereka memperkatakan mengenai haiwan ini dalam urusan “trading” mereka. Pengertian ia sangat meluas dalam pasaran Forex. “Bears” adalah dimana pasaran dalam keadaaan harga pasaran menurun, contoh bila terdapat ramai yang melakukan “Sell” dari “Buy” di pasaran. “Bull” pula adalah keadaan dimana nilai pasaran dalam keadaan menaik, dimana ram,ai yang melakukkan “Buy” dari yang melakukan “Sell” di pasaran.

Forex dan juga pasaran lain akan hanya menahan antara “Bull” dan “Bears”. Jika anda dapat mengenali seseorang yang boleh melakukan lonjakan atau anda dapat membaca pergerakan arah, sudah pasti anda lebih mudah untuk melakukan nya.

Jadi yang diatas itu hanya lah asas sahaja, terdapat banyak lagi yang perlu anda pelajari untuk membantu anda. Jika terdapat sesuatu bab yang saya tertinggal dan anda ingin membacanya, sila tuliskan di bahagian komen dibawah dan saya akan cuba untuk meletakan artikel ini jika boleh.

PENGIRAAN KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN

Dipasaran Forex ini, dimana pergerakkan matawang seluruh Negara didunia di beli dan dijual. Forex sentiasa menumpukan pada pasangan matawang. Sebagai contoh jika anda melakukan transaksi “Buy” pada Euro dan membayar menggunakan US Dollar, atau anda melakukan “Sell” untuk Canadian Dollar untuk Yen Jepun. Nilai pelaburan Forex ini meningkat dan menurun adalah kerana kadar pertukaran matawang atau kadar Forex. Pertukaran ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan kerap kali kerana disebabkan oleh pengaruh ekonomi dan juga permainan politik. Dengan “hypothetical Forex Investment” akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengira keuntungan dan kerugian dalam “trading” Forex.

Untuk memahami bagaimana kadar matawang ini memberi kesan keatas nilai pelaburan Forex anda, anda mesti mempelajari bagaimana sifat Forex. Sifat Forex sentiasa aktif dan berpasangan. Sebagai contoh, US Dollar dengan Canadian Dollar. Contoh, USD/CAD = 170.50 bermaksud satu US Dollar bersamaan dengan 170.50 Canadian Dollar.Matawang yang berada di sebelah kiri, “/” (USD sebagai contoh) adalah sentiasa bersamaan dengan 1. Matawang yang berada di sebelah kanan “/” (CAD sebagai contoh) adalah matawang kedua. Contoh satu Dollar anda boleh membeli 170.50 CAD, kerana ianya lebih kukuh dengan dua matawang. US Dollar dianggap sebagai matawang tengah dalam pasaran Forex dan sentiasa menjadi pasangan kepada matawang-matawang yang lain.

Sekarang kita terus tumpukan pada “hypothetical Forex investment” yang akan menunjukkan kepada anda jika anda boleh mendapat keuntungan atas jangka masa pendek “trading” Forex. Sebagai contoh, pasangan matawang adalah US Dollar dan juga Euro. Kadar Forex untuk EUR/USD pada 26 Ogos 2006 adalah 1.8057 yabg bermaksud satu US Dollar sama dengan 1.0857 Euros dan jika anda membeli pada ketika itu, dengan harga 1,000 Euros, anda akan dibayar pada harga $1,0857 Euros.

Setahun kemudian, kadar untuk EUR/USD menjadi 1.2083 dengan nilai Euro telah meningkat lagi dengan berpasangan dengan USD. Jika anda menjual 1,000 Euros setahun kemudian, anda akan mendapat $1,208.30 yang bermakna $122.60 lebih tinggi dari apa yang anda dapat dari tahun lepas.

Sebaliknya, jika kadar Forex selepas setahun untuk EUR/USD = 1.0576 dengan nilai Euro telah menurun dengan berpasangan dengan US Dollar. Jika anda menjual 1,000 Euros pada ketika itu, anda akan mendapat $1,057.60 yang bermakna $28.10 kurang dari yang anda akan dapat dari tahun lepas.
FREE WEB SUBMISSION
Submit Your Site To The Web’s Top 50 Search Engines for Free! Submit Your Site To The Web’s Top 50 Search Engines for Free! Submit Your Site To The Web’s Top 50 Search Engines for Free!
Teknik-Teknik Forex

Teknik-Teknik Forex

Dalam “trading” FOREX terdapat dua jenis arahan untuk analisis yang selalu digunakan kebanyakan “trader” iaitu analisis asas dan juga analisis teknikal. Analisis asas meramal berpandukan kepada pergerakan matawang oleh faktor politik dan juga ekonomi sesebuah negara. Analisis teknikal pula meramal berpandukan pada maklumat sejarah ekonomi dan juga ramalan pada pasaran FOREX.

ANALISIS FANDAMENTAL

Kebanyakan “trader” FOREX menganalisis untuk strategi “trading” mereka. Disini kita akan bincangkan mengenai Analisis fundamental Selepas membaca artikel ini anda akan lebih memahami tentang analisis asas dan kegunaannya dalam sebahagian strategi FOREX.

Perubahan dalam politik dan ekonomi adalah asas kepada analisis fundamental. Ia akan dapat mempengaruhi harga matawang. “Trader” yang mengambil kesempatan atas analisis fundamental ini akan mendapat sumber dari pelbagai sumber berita. Mereka akan mencari maklumat mengenai ramalan kadar penganguran, ideologi-ideologi politik, ekonomi politik, inflasi, dan kadar perkembangan.

Analisis fundamental akan menyediakan anda dengan gambaran keseluruhan pergerakan matawang dan keadaan serta gambaran mengenai keadaan ekonomi. Seterusnya kebanyakan “trader” akan membandingkan analisis fundamental mereka dengan analisis teknikal untuk masuk dan keluar pasaran serta mengesahkan maklumat yang telah disediakan oleh analisis fundamental mereka.

Seperti kebanyakan pasaran, pasaran FOREX dikawal oleh permintaan dan juga penawaran. Banyak faktor ekonomi yang mempengaruhi permintaan dan penawaran tetapi terdapat dua yang paling kritikal iaitu kadar faedah dan juga kekuatan ekonomi itu sendiri. Semua kekuatan yang berlaku dalam ekonomi dipengaruhi oleh pertukaran dalam GDP, baki dagangan dan juga jumlah pelabur asing.

Terdapat banyak petunjuk ekonomi yang dibenarkan oleh kerajaan sumber-sumber akademik. Petunjuk ini biasa nya digunakan merujuk kepada bulanan tetapi kadang-kadang akan digunakan untuk mingguan. Ini bagi memastikan kestabilan ekonomi senang diikuti oleh semua “trader”.

Terdapat banyak petunjuk yang dibenarkan tetapi yang amat penting dan biasanya adalah seperti berikut: kadar faedah, perdagangan antarabangsa, CPI, barangan tahan lama, PPI, PMI dan juga “order” runcit.

Kadar Faedah – boleh menyebabkan satu mata wang untuk sama ada mengukuhkan atau melemahkan bergantung pada pergerakan. Dalam kadar faedah yang tinggi sesetengah kes akan menarik wang asing, bagaimanapun kadar faedah yang tinggi akan sering menyebabkan pelabur-pelabur pasaran saham untuk menjual portfolio-portfolio mereka. Mereka mempercayakan bahawa kos yang tinggi dari pinjaman wang akan menjejaskan banyak syarikat. Jika pelabur-pelabur menjual holdings mereka akan menyebabkan kemerosotan dalam pasaran dan secara negatif menjejaskan ekonomi.

Disebabkan oleh dua perkara yang akan menjejaskan akan mengambil tempat bergantung pada banyak faktor-faktor yang rumit, tetapi biasanya satu perjanjian di kalangan pemerhati-pemerhati dipersetujui untuk memerhati perubahan semasa kadar faedah yang akan menjejaskan ekonomi awam dan harga mata wang.

Perdagangan Antarabangsa – Jika satu defisit perdagangan (lebih banyak yang diimport daripada dieskport) ia selalunya dianggap satu penunjuk yang negatif. Ini bermakna satu defisit perdagangan yang bermaksud bahawa wang keluar dari negara untuk membeli barang-barang asing dan sedang memasuki negara dan ini boleh mempengaruhi matawang tersebut. Biasanya ketidakseimbangan perdagangan telah difaktorkan untuk dijadikan sebagai pertimbangan pasaran. Jika sebuah negara biasanya beroperasi dengan satu defisit perdagangan ia sepatutnya tidak mempengaruhi harga mata wang. Harga mata wang biasanya hanya wujud sekiranya terdapat perbezaan perdagangan apabila defisit adalah lebih besar daripada pasaran.

Pengukuran kos sara hidup (CPI) dan kos mengeluarkan barangan (PPI) adalah beberapa penunjuk penting yang lain. Anda harus juga melihat pada GDP untuk memastikan nilai keseluruhan barangan yang dihasilkan dalam sesebuah negara dan bekalan wang M2 untuk memastikan jumlah keseluruhan matawang negara itu.

Di US terdapat 28 penunjuk utama, ini boleh memberi kesan yang kuat ke atas pasaran kewangan dan seharusnya dilihat dengan teliti. Maklumat ini boleh didapati banyak di internet dan ia disediakan oleh kebanyakan broker.

ANALISIS TEKNIKAL

Bentuk lain untuk analisis adalah melalui teknikal analisis. Teknikal analisis ini adalah berpandukan kepada andaian-andaian berikut:

1. Pergerakan harga adalah satu hasil kuasa gabungan pasaran. Peristiwa-peristiwa politik, keadaan ekonomi, naik turun bermusim, penawaran dan permintaan semua benda akan memberi kesan pada harga mata wang. Para penganalisis teknikal tidak akan melibatkan diri mereka sendiri dengan persoalan arah tujuan pasaran, mereka hanya meminati gerakan mereka sendiri.

2. Matawang di pasaran FOREX akan mengikut trend pasaran. Akibat dari itu boleh diramal kerana ia mempunyai banyak kaitan dengan jenis pasaran.

3. Sejarah trend juga boleh digunakan untuk menentukan pergerakan harga semasa. Data pada pasaran FOREX telah dikumpulkan sejak dari 100 tahun dahulu, disebabkan oleh pola-pola tertentu ia baru muncul. Psikologi manusia dan cara orang menanggapi keadaan tertentu adalah dasar corak-corak ini.

Kebanyakan “trader” akan menimbang teknikal analisis ini untuk menjadi kepentingan kritikal walaupun mereka boleh juga menggunakan analisis fundamental untuk menyokong dan mengesahkan strategi yang disarankan oleh analisis teknikal. Berbeza dengan analisis fundamental, analisis teknikal boleh dimohon oleh pelbagai matawang berbeza dan pasaran-pada masa yang sama. Sejak analisis fundamental memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang keadaan ekonomi dan politik sebuah negara tertentu, adalah mustahil untuk sebarang “trader” untuk melaksanakan analisis fundamental dengan lebih lanjut untuk beberapa negara.

Untuk “trder” baru kerumitan-kerumitan analisis teknikal mungkin kelihatan banyak dan mereka boleh juga tertanya sekiranya ia diperlukan. Jika anda mahu berjaya di pasaran FOREX, anda mesti mempunyai strategi. Sebarang strategi boleh digunakan tetapi analisis teknikal telah terbukti sebagai satu sumber yang boleh dipercayai dan amat efektif untuk meramal perubahan pasaran. Banyak yang boleh memberi kesan kepada harga matawang jadi analisis teknikal juga tidak dapat memberi jaminan, dan kebanyakan “trader” yang berjaya akan menggabungkan analisis teknikal dan analisis fundamental.

Sebarang kualiti FOREX dalam talian seharusnya dapat membekalkan anda dengan pelbagai jenis carta dalam talian untuk analisis teknikal. Anda boleh membeli carta dalaman professional, di sana biasanya yuran bulanan dikenakan untuk mendapatkan akses pada maklumat ini. Terdapat juga perisan secara percuma yang akan menolong anda dalam membaca chart. Carta terdapat pelbagai perbezaan dalam tempoh yang berbeza dan tertentu, dan boleh juga menggunakan hamparan analitikal. Carta ini boleh juga akan memberikan pandangan yang luas dan dekat kepada tahap anda. Carta yang bagus akan selalu sentiasa kemaskini pada masa yang betul. Ini mungkin terdapat pada broker anda atau salah satu dari perisan yang diberikan.

Anda harus belajar tentang pasaran dan juga mengenali “trend” sebelum anda memulakan “trading” anda. Kebanyakan broker anda akan membekalkan kepada anda akaun untuk latihan dimana anda boleh memulakan “trading” anda menggunakan wang maya untuk demo supaya anda tidak kehilangan wang nyata anda nanti. Mereka memberikan akaun ini untuk anda melihat setakat mana kemampuan dan kefahaman anda sebelum anda menempuh akaun sebenar. Ia juga bagi membiasakan anda dengan broker dan perisian supaya anda dapat belajar pergerakan pasaran tanpa memikirkan risiko. Bab yang kedua untuk artikel ini kita akan mengkaji pelbagai carta dan panduan teknikal.

MEMBACA CARTA FOREX

Carta harfa adalah mudah dengan carta garis, carta bar dan juga carta “candlestick”. Ini adalah carta yang akan menunjukan harga semasa dengan tempoh masa tertentu. Tempoh masa ini adalah dari minit hingga ke tahun atau sebarang masa diantaranya.

Carta garis adalah yang paling senang untuk dibaca, ia akan menunjukkan kepada anda pergerakan pada setiap harga. Ia akan menunjukan waktu harga ditutup untuk satu masa khusus dengan mudah tetapi tidak bagi carta bar dan juga carta “candlestick”.

Untuk carta bar, ia akan menunjukkan kepada anda perbezaan harga itu pada sepanjang masa tersebut. Semakin besar bar itu, semakin besar perbezaan antara harga tinggi dan rendah. Ia adalah mudah untuk memberitahu yang sebelah kiri adalah harga pembukaan dan sebelah lagi adalah harga penutupan.Carta bar juga akan memberi anda harga yang variasi. Bila carta bar tertera, ianya boleh menjadi sukar untuk dibaca tetapi kebanyakan perisian carta memfokuskan jadi ianya akan menjadi lebih mudah untuk membaca jarak antara bar berikut.

Asal carta “candlestick” ini adalah dari Negara Jepununtuk menganalisa dan amat berguna untuk analisis harga FOREX. Carta “candlestick” agak sama dengan carta bar kerana kedua-duanya menunjukkan tinggi, rendah, buka dan tutup harga untuk menunjukkan masa. Bagaimanapun, carta yang berwarna ini lebih senang untuk dibaca untuk carta “candlestick”, dan secara normalnya ia berwarna hijau mewakili “candlestick” yang mengalami kenaikan sementara warna merah menunjukkan penurunan harga.

“Candlestick” sebenarnya akan merujuk dan memberitahu anda tentang pergerakan harga dan ianya sangat membantu dalam analisa anda. Bergantung pada harga “spread”, pelbagai jenis corak akan diberitahu melalui “candlestick”. Banyak nama-nama yang lebih eksotik tetapi bila anda mempelajari jenis corak ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda membuat analisis.

Carta harga biasanya tidak digunakan bagi diri sendiri untuk mendapatkan kesemua penjelasan yang anda perlukan tetapi dengan sedikit bantuan dari petunjuk teknikal. Petunjuk teknikal secara normal dikumpulkan bersama dengan kategori-kategori yang luas. Kebanyakannya diguna untuk memerhati dan mengesan pergerakan pasaran seperti: “trend indicators, strength indicators, volatility indicators dan cycle indicators”.

Disini terdapat beberapa senarai “indicators” yang selalu digunakan sebagai satu huraian.

Average Directional Movement Index (ADX) – Indeks ini membantu menunjukkan pergerakan pasaran dalam “trend” sama ada arah atau betapa kuat “trend” tersebut. Jika “trend” menunjukkan bacaan melebihi 25, itu menunjukkan “trend” itu kuat.

Moving Average Convergence/Divergence (MACD) – Ini pula akan menunjukan hubungan antara “moving average” yang membenarkan anda menentukan momentum pada pasaran. Bila masa garis isyarat menyeberangi atau melintasi MACD itu sudah dikira sebagai “trend” yang kuat.

Stochastic Oscillator – Ini adalah perbandingan penutupan harga pada satu tempoh masa tertentu untuk menentukan sama ada ianya kukuh ataupun lemah. Jika matawang itu lebih besar dari 80, ia sudah dikira sebagai “overbought” dan jika ianya berada dibawah nilai 20, ianya sudah dikira sebagai “oversold”.

Relative Strength Indicator (RSI) – Skala ini adalah dari 1 ke 100 untuk menentukan tinggi dan rendah harga. Jika RSI itu berada diatas garis 70, ia sudah dikira sebagai “overbought” dan jika ianya berada dibawah garis 30, ianya sudah dikira sebagai “oversold”.

Moving Average – Ia dicipta untuk membandingkan purata harga satu masa dengan purata harga untuk masa yang berlainan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


  • None
  • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.

Categories

%d bloggers like this: